Wednesday, April 18, 2012

lupa

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak dua tiga hari ni Ustaz Jamal suka cerita tentang cabaran lelaki dalam menghadapi kaum wanita. Cara ustaz cerita tu sangat menakutkan, macam lelaki ni seriously lemah dengan kelembutan wanita. Kami yang perempuan ni dengar risau betul..  lalu masing-masing pun menyingkap kembali tabir masa lampau.. kalau-kalau dalam urusan kita dengan putera sebelum ni ada terlebih lembut ke.. Risau sangat sebab jujur la, at certain time, kita TERtreat putera mcm kita treat kawan-kawan perempuan kita.  
Kita lupa yang dia tu lelaki. KITA LUPA.

Beberapa hari ni juga kami Pandu Puteri start kawad di court Bola Keranjang depan blok F5. Dan kemudian argh berlakulah sedikit pertikaian antara kami dan insan-insan lain yang juga mahu menggunakan court tersebut untuk bermain bola apa ntah. Ok, kami tahu kami berlatih kawad hanya untuk peringkat sekolah sahaja.. habis kau main bola tu untuk antarabangsa sangat ke?
Ya.. maaf.. walaupun saya dah tingkatan 5, saya masih ada satu lagi batch senior.. SAYA LUPA.




"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." [Al-Baqarah: 45]
Wassalam, Musirrah.



.

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-