Sunday, July 27, 2014

cinta dari syurga

Bismillahirrahmanirrahim 

Selama perjalanan aku berpatah balik, mencari jalan keluar dari lorong gelap itu. Samar-samar cahaya kasih Tuhan dihadapan seakan makin jelas dipandangan mata. Hati aku melonjak riang. Sekuat hati aku berlari. Membuak-buak rasa rindu pada cahaya dek terlalu lama berselubung kegelapan dosa. Sampai di sempadan keduanya, antara kegelapan dan cahaya itu, aku terhenti. Aku toleh sejenak kebelakang. Melihat dunia jahiliyyah yang aku tinggalkan. Menular rasa benci. Pada maksiat-maksiat yang pernah bawa aku jauh dari Tuhan. Pada jalan putus asa yang aku pernah pilih mengatasi redha. Kemudian seketika, mata aku tertangkap pada beberapa jasad nun di kejauhan kegelapan  itu. Aku lihat mereka terperangkap di situ. Sama seperti aku dulu. Aku lihat dia.
Cukupkah imaginasi menyedarkan realiti. Semacam tiba-tiba aku rasa sayang sangat kat dia. Padahal kita tak pernah rapat pun. Tapi dalam hati ni meronta-ronta, nak ajak dia pulang sama.

Awak, jom lah. Cukup lah tu. Bukan ini tujuan Allah beri pinjam dunia pada kita. Jom la kita balik, ya?

Tangisan tak dapat lagi aku bendung. Teresak-esak aku bagai anak kecil di hadapan cahaya Tuhan itu, aku adukan segalanya. Ya Allah.. Panggillah dia pulang seperti Kau panggil aku.. 

Semacam rasa sayang yang sukar dicerita.
Mungkin memang ini, cinta dari syurga.

Teringat dulu di Maahad kalam-kalam ukhuwwah yang sering dialunkan.
"Manisnya sebuah persahabatan terpancar dari manisnya iman, bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH.. Mampu memaafkan ketelanjuran dan bersabar dengan karenah insan. Menegur dengan penuh kasihan kerana tak mahu terpisah di hari pembalasan, "

"Memang seperti itulah dakwah.
Dakwah adalah cinta. 
Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.

Fikiranmu, perhatianmu. 
Berjalan, duduk dan tidurmu. 
Bahkan ditengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah

Tentang umat yang kau cintai,"
[KH. Rahmat Abdullah] 


Moga Allah bukakan hati kita luas-luas. Aku nak ajak kau pulang sama, dengan izinNya.

Uhibbuki fillah.
Wassalam.
Musirrah.

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-