Friday, October 30, 2015

flights

Bismillahirrahmanirrahim

Aku sangat ingin satu gerabak denganmu.
Satu pasukan dalam perjuangan.
Pasukan berkuda mungkin? Ya, aku suka pasukan berkuda.
Sangat ingin bersebelahan denganmu dalam satu penerbangan.
Yang kita boleh berkongsi segalanya tanpa ketidaksefahaman
Sangat ingin.
Berada dekat dengan orang yang dekat di hati aku.

.........

Namun aku harus menerima hakikat
Aku tak dapat menafikan
Bahawa keperluan hati setiap manusia itu berbeza
Keperluan perjuangan setiap manusia itu beda
Pelaburan akhirat setiap insan itu menurut jiwanya tidak sama.

..........

Maka di sinilah kita.
Di gerabak berlainan.
Pasukan berlainan.
Hatta penerbangan.
Beda.
Aku tak dapat menafikannya.

..........

Biarkan sayang.
Aku sedang cuba meyakinkan diri
Bahwa haluan kita itu masing-masing Tuhan bimbing
Bahwa pelangi di hadapan itu benar wujud
Menanti keindahannya tersergam

Maka aku meredhai
Biarkan kita tidak begitu sepasukan di dunia
Biarkan aku tidak berdamping denganmu dalam penerbangan yang sama
Kerna bagi aku yang paling penting
Kelak aku bisa bersebelahan denganmu di dalam syurga.

.....

Uhibbuki Fillah.
Selamat Berjuang <3 p="">
Wassalam, Musirrah.






No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-