Friday, May 21, 2010

Mungkin bagi dia..

Bismillahirrahmanirrahim


Aku tak mengerti apa yang ingin dia sampaikan. Aku bukan seorang yang mahir menangkap maksud tersirat. Bahkan membina ayat-ayat kiasan juga aku tidak tahu. Apa yang aku tuturkan, apa yang aku coretkan, itulah apa yang aku rasa. Aku cuma minta dia sedikit pengertian. Aku tak sebaik dia. Aku minta dia menjadi cermin aku. Tapi dia hanya ibarat kaca surih dalam hari-hari yang aku lalui. Kabur. Aku tahu aku bersalah. Aku terlalu memandang kebaikannya, sehingga aku lupa dia juga manusia biasa. Sehingga tatkala aku melihat kekurangannya, aku jadi kecewa. Seharusnya aku terima dia sebagai siapa diri dia. Dia juga hamba Allah seperti aku. Aku terlalu memikirkan perasaan sendiri, sehingga aku lupa dia juga minta dihargai. Aku cuma minta dia sedikit pengertian. Aku tak mampu menjadi seperti yang dia harapkan. Aku cuma minta sedikit sangka baiknya. Aku cuma minta jangan salahkan aku kerana kekurangan aku. Aku cuma ingin dia tahu yang dia bermakna dalam hidup aku. Dia tak salah, dia memang sudah menjadi cermin aku. Hanya aku yang mengaburkan cermin itu. Kerana aku tak sebaik dia.. Mungkin bagi dia, aku cuma kawan.. Tapi bagi aku, dia lah sahabat..

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman…

wassalam, Musirrah.


No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-