Tuesday, December 6, 2011

Arus ukhuwwah kita - biarkan ia mengalir..

Bismillahirrahmanirrahim..
Kepada Girlfriends saya.. Kalau awak rasa kita kawan satu sekolah, bacalah. 
Ni untuk awak, saya dan kita. Kita semua :)
___________________________________________________________________________________

"Sedihnya.. Kenapa tak bercampur kan. Macam berpuak-puak je," keluh seorang sahabat seorganisasi ketika kem di Pusat Pemantapan Akidah tempoh hari. Ana diam. Cuba menangkap asbab sedihnya. 

"Dah memang ada dua dorm je kan. Takkan semua nak sumbat dalam satu dorm," Ana cuba berseloroh membuatkan dia tergelak kecil sambil menepuk lembut paha ana.

"Ye la.. Tapi.. Nampak sangat assobiyah kan.. Dorm sini ramai blok MN je.. Dorm sana ramai blok KL je," keluhan dia masih tak mahu mengalah. Ana angguk mengakui situasi itu memang sedang berlaku. Tapi ana tak mahu merasakan ia satu masalah. Tak mahu.

"Ini bukan assobiyah, bukan berpuak-puak. Cuma memilih kawan mengikut keselesaan. Kalau berpuak-puak, dah lama kita dan mereka tak berkawan antara satu sama lain. Tapi kita semua bukan macam tu. Dah selesa dengan kawan tu, mestilah nak sama dorm dengan dia. Tapi dalam masa yg sama, dengan orang lain kita kawan juga. Itu benda biasa lah, sayang. Kita takkan mampu rapat dengan semua orang," ana balas. Jawapan yang buat dia terdiam. Entahkan diam berfikir atau diam terasa, ana tak tahu.
____________________________________________________________________________________

Ya, kita takkan mampu rapat dengan semua orang. Satu prinsip persahabatan yang ana genggam erat hingga kini untuk memaksa diri menjauhi buruk sangka dengan sahabat sendiri. Paksa diri.
Seumur hidup pun belum tentu dapat menggambarkan keindahan makna ukhuwwah. Ana tak tahu nak menghurai dari mana. Tentang lautan ukhuwwah kita yang nampak tenang permukaannya, namun hakikatnya bergolak hebat jauh di dasar jiwa.

Assobiyah. Ana pasti perkara ini yang sering dibangkitkan dalam mana-mana group usrah. Betul tak? Isunya pasti tentang sikap berpuak-puak yang kononnya terjadi antara pelajar asrama blok KL, MN dan pelajar luar. Bagi ana, ada beza assobiyah dengan berkawan rapat. Tapi kita sekarang, tengok rapat sikit, assobiyah. Berkepit sikit, assobiyah. Banyak gambar sama-sama, assobiyah. Aduhai.. Semudah itukah seorang pejuang agama membuat kesimpulan?

Sewaktu ana tingkatan satu dahulu, ana antara salah seorang yang keliru dengan persoalan ini. Sebagai pelajar luar, ana memahami apa rasanya dipinggirkan sebagai golongan tersisih di Maahad, kononnya. Tapi bila ana masuk ke tingkatan dua, tafsiran ana mula berevolusi. Bersahabat rapat dengan Syaima' dan Sya Iz membuatkan segala spekulasi negatif ana terhadap pelajar asrama MUSNAH sama sekali. Lebur. Tiada satu pun tinggal.  Tingkatan tiga seterusnya banyak mengajar ana tentang tanggungjawab dalam persahabatan. Belajar menerima. Ya, jika ada sahabat yang mengguris hati kita, fikirkanlah, adakah kita yakin yang kita ni tidak pernah mengguris hati dia? Entah-entah lebih banyak lagi. Disitulah terletaknya tahap terendah ukhuwwah; Bersangka baik.



Kadang-kadang ana tengok, masalah yang kecil dibesar-besarkan. Contoh, contoh:

1. Apa pasal budak asrama je banyak dapat jawatan?
    Apa pasal budak kelas Ibnu Sina je banyak menang?

Apa sahaja yang Allah beri dalam hidup kita adalah di tahap kemampuan setiap daripada kita. Mungkin kalau kita dapat jawatan tu, result kita susah nak cemerlang. Mungkin kalau kita pegang tanggungjawab tu, kita tak tergalas. Sahabatku, ingatlah.. Tidak dipilih menjadi badan kepimpinan adalah satu rahmat yang sangat berharga kerana sekurang-kurangnya kamu takkan hampir selangkah ke neraka. Maka bersyukurlah.. Ana faham, mesti rasa teringin nak berbakti dengan sekolah. Tapi mungkin rezeki kita untuk berbakti pada Maahad bukan sewaktu zaman persekolahan tetapi selepas kita menamatkan pelajaran di Maahad. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.. Kenapa kita perlu menghukum orang lain atas ketentuan takdir yang berlaku? Seorang sahabat yg baik akan turut sama gembira dengan kejayaan sahabatnya.. Kan?
Baru itu dinamakan ukhuwwah. Huhu..

2. Minggu lepas kan balik wajib, apasal tak fotostat time tu? Menyusahkan je.

Haha, benda kecil je tak perlulah dibesarkan, cik adik manis. Eh, best apa, tuu namanya Allah nak bagi pahala tolong sahabat. Takkan lah kita tak nak pahala kan? Allah redha tau kalau kita tolong sahabat kita. Memanglah minggu lepas balik wajib.. Tapi mana tahu balik kampung atuk sakit, mak ayah penuhkan schedule dia sampai tak sempat nak fotostat. Atau dia lupa. Okay, cuba letak diri kita kat tempat dia.. Apa kita rasa? Mestilah desperate gila nak orang tolong.. We treat people like how we people to treat us, remember?  Tapi, kalau memang susah sangat, minta la dia cari orang lain. Buat apa kita setuju tapi di belakang dia kita marah-marah. Cakap lah elok-elok yang kita memang tak dapat tolong..
Mesti tak susah kan nak cakap elok-elok :)

wajib dengar tau

Kita semua dah meningkat dewasa, ada setahun lagi sebelum kita berpisah dan bawa haluan masing-masing. Takkan nak biarkan masalah kecil ini berlanjutan? Laaa.. kalau macam tu sia-sialah selama ni Allah temukan kita sebagai kawan. Lima tahun pun belum cukup untuk mencapai tahap tertinggi ukhuwwah nampaknya.. Ya, ini tahapnya; Melebihkan sahabat dari diri sendiri.
Janganlah berkata aku tak rapat dengan dia, kesah apa. Kan Allah suruh kita bersaudara dengan semua orang.. Jadi, rapat ke tak, hati semua orang kita kena jaga tau...

Okay okay, sekarang semua orang bukak Quran tafseer, tengok surah Az-Zukhruf ayat 67. Ha, ayatnya berbunyi begini:

Ha, tawaran Allah, naunganNya di hari tiada naungan selain naunganNya.
Ini eksklusif untuk mereka yang bersahabat kerana Allah sahaja,
Tak mau rebut peluang ke? Penyertaan dalam kumpulan ni. Jom ! :D

Yang namanya persahabatan, memang kadang-kadang menyakitkan. Di satu masa buat kita rasa pedihnya hati bagai ditoreh sembilu yang baru diasah. Di satu masa lain pula buat kita rasa sangat gembira, bagai akan selama-lama berada dalam redhaNya. Persahabatan itu kadang-kadang buat kita jadi kanak-kanak, kadang-kadang pula buat kita jadi matang dan dewasa. Yang namanya persahabatan itu jugalah yang buat kita tahu jahat baik sisi hidup manusia. Itu semua biasa, kenalah terima.

Jadi lepas ni tak mahu dahh kita cakar-cakar lagi hanya sebab kita budak asrama atau luar, hanya sebab kita kelas lain atau jawatan tinggi rendah atau tiada jawatan. Biarlah di mata manusia kita tak ada apa-apa, tapi di pandangan Allah kita tinggi darjatnya. Kita dah matured kan, mesti faham la semua ni. Hehe.

Mungkin kepahitan kisah persahabatan ana dengan kawan-kawan tak nampak dek orang lain sebab ana tak suka bercerita tentangnya. Bagi ana kita tak ada masa untuk ingat benda buruk orang buat kat kita sebab kita ada tanggungjawab dakwah yang lebih berat untuk difikirkan. Tak ada masa nak fikir yang tak baik tentang sahabat kita.

Biarlah senyum kita tidak berbalas, salam kita tidak berjawab, persahabatan kita tidak disambut.
Pastikan arus ukhuwwah itu terus mengalir, kalau bukan dari mereka, maka biar DARI KITA.
Ini perintah Allah, biarlah dari kita, sampai bila-bila.


Habibi, Janganlah membenci... Hentikan dari saling menyakiti
Habibi, Hanya jikalau bersatu... ummatmu akan lebih maju
Temanku, bersabarlah selalu.. Hormati mereka di sekelilingmu
Temanku, marilah kita bersama... Menjadi PEJUANG AGAMA !!

Imam Muda - Pejuang Agama
   
  

Tears rolling down for you. Mean it.
Jom, aku nak capai tahap tertinggi ukhuwwah dengan korang. Aku sayang korang. Kita kan kawan? ^^

Wassalam, Musirrah. 



 .

1 comment:

Anonymous said...

Entri anda Superb !

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-