Friday, March 16, 2012

delayed

Bismillahirrahmanirrahim


1) Hoho Kejohanan Merentas Desa, 3 Mac 2012

First tyme dapat nombor SEPANJANG BERTAHUN DI ALAM PERSEKOLAHAN.  Seriously, ana bukan orang kuat sukan selama ni. Dah la selalu semput, nak kejar cik Siti Aieshah memang tak mampu la kan. Tapi sejak masuk Form 5 ni rasa minat pulak nak exercise. Dulu malas nak PJ , sekarang tak sabar sangat nak PJ and sukaaaa sangat main Bola Baling walaupun tak reti sangat, hehe. Alhamdulillah, berkat doa ummi, cikgu2 dan sahabat2, pertama kalinya Nur Jehaada dapat nombor 4 :')))
Thanks Mawadd for the pic :)

Untuk kategori P1, nombor 3 sampai 8 semua rumah kuning, hebat tak, hehe. Alhamdulillah. Walaupun kita dapat tempat ke 3 keseluruhan, but it's still a great honour right? KOT bulan 7 ada lagi.

Aduhai, kenapalah dah tahun terakhir persekolahan baru nak belajar bersukan. Kenapa tak buat elok-elok dari awal-awal. Tanpa disedari, this is the first and the last :( .
Ana akan rinduu saat-saat nak termuntah sebelum naik jejantas waktu nak smpai sekolah. Rindu saat-saat Dayah dengan Sya Iz jerit dari jauh "Jedda, nombor empat !!" . Rindu saat-saat terduduk depan cikgu, mata dah nampak berbalam-balam. Rindu saat-saat nak tarik nafas dalam-dalam tapi tak mampu ! Rasa macam bernilai sangat harga sekecil molekul oksigen. Sangat bernilai. Lepas ni tak ada merentas desa dah dalam kamus hidup.... Huhu.. Ana akan rindu semangat KEJORA sampai bila-bila.



2) Orait, UJIAN BULANAN, 5 Mac - 9 Mac 2012

Abang: Amboih ada orang tu dapat nombor 4 la. Haha. Tahniah.
Jehaada: Hehe alhamdulillah. Excited sangat ni.
Abang: Habis tu merentas desa ni, hari Isnin cuti la?
Jehaada: HAHA haram nak cuti, EXAM ada la -,-

Ya, seperti yang tertera dalam dialog di atas, hari Isnin berikutnya kami ada ujian bulanan Mac. Okay minggu ujian berlangsung dengan "baik". Ana rasa ana tak pernah buat exam Biology seTERUK tu bahkan paper Addmaths lagi menyeronokkan daripada Biology. Believe it or not ?? Believe je la.

3) First impression doesn't counts


Kadang-kadang kan, orang yang kita ingat dia teruk, kasar, dingin, rupanya dia baikkk sangat.
Dan orang yang kita ingat dia baik, alim, sopan, rupanya dia cakap dengan kita macam apa je.
Seriously terbalik dari first impression. Hoho bro, nak bajet mahal tak layan perempuan pun tak bermakna awak kena cakap kasar-kasar. That's not cool okay, not cool.
Dan nak tunjuk awak baik pun tak bermakna awak kena ayat bunga gila-gila siap icon smiley berbakul-bakul.
Buat biasa je la. Moderate ok, moderate.Yeah, girls please take note too, alright :)


Wassalam, Musirrah.




.

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-