Sunday, March 25, 2012

sampaikan yang benar walaupun pahit

Bismillahirrahmanirrahim


Aku mungkin bukan orang yang akademiknya hebat, jauh sekali berbakat dalam pidato dan debat
Aku bukanlah orang yang selalu kuat semangat, kerana aku nampak tabah tapi hatiku tidaklah kuat
Aku mungkin tak pandai membina ayat sebagus kamu, dikagumi dan disayangi semua guru-guru

Saudara,
Kita mungkin hidup berkongsi dunia, tapi kita takkan pernah berkongsi perasaan yang sama
Ada masanya aku buat kamu berkecil hati, ada masanya kamu pula buat aku terasa
Setiap manusia sensitif pada perkara yang berbeza. Aku sakit di sini kamu pula sakit di sana.

Kalau kamu disakiti tetapi kamu mampu terimanya, baguslah,
diamkan diri, tak perlu memberi tahu org yang menyakiti kamu tentang apa yang kamu tak puas hati.
Tetapi apabila esok kamu disakiti lagi, jangan salahkan dia atau mengungkit tentang apa yang dia pernah buat dulu. Kerana itu salah kamu. Kamu yang tidak memberitahunya awal-awal kamu sakit hati dengan perbuatannya.  Dia mana tahu apa yang kamu tak suka. Di dunia ini bukannya ada ensiklopedia  
"Facts about            nama kamu            " yang dia boleh baca tentang diri kamu. Kalau ada sekali pun apa ke bermakna sangat kita dalam hidup dia sampai nak bazir masa baca ensiklopedia tu -,-

  "Sampaikanlah yang benar walaupun pahit," [Muttafaqun 'Alaih]    

Kita bukan malaikat, kita manusia biasa.
Kalau rasa hati tak mampu tanggung certain2 gurauan, berterus terang awal-awal.
Wassalam, Musirrah.




.

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-