Sunday, June 3, 2012

peachoren

Bismillahirrahmanirrahim

Beberapa hari yang lalu ada spotcheck di sekolah. Hati ana mengerti dua jiwa yang berbeza. Jiwa seorang pelajar biasa yang memberontak dan jiwa seorang pengawas yang menjalankan amanah. Walhal apa sahaja penguatkuasaan yang berlaku, kita hanya menurut perintah mereka yang mentadbir sekolah.

Ana mengaku, dahulu ana juga seorang pelajar yang sangat tak suka pada pengawas sebelum ana sendiri akhirnya dilantik sebagai ahli golongan berbaju peachoren itu. Walaupun hanya pengawas BADAR, bukan pengawas sekolah atau asrama, kepincangan masalah disiplin yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan di jiwa ana. Mungkin kerana hampir tiap hari ana melihat wajah penat sahabat-sahabat yang berada di pangkat atas. Setiap hari ana melihat kerutan di raut wajah mereka dek terlalu banyak memikul beban. Setiap hari juga ana melihat mereka cuba tersenyum walaupun nampak dari mata mereka, sebuah dilema yang tak tertanggung.

Ana simpati. Jujurnya sehingga kini masih banyak peraturan sekolah yang ana sendiri tak suka. Tapi tahun-tahun yang berlalu buat ana makin faham. Lalu ana pun akur pada peraturan, bukan kerana suka pada peraturan tersebut, tetapi kerana hormat pada sahabat-sahabat yang kerjanya menguatkuasakan peraturan itu. Mungkin ini yang orang kata umur yang semakin meningkat buat kita semakin matang.  

Baiklah, kepada adik-adik junior yang masih berbaju putih dan mempersoalkan peraturan adalah hobi anda, akak cabar, sila isi borang permohonan sebagai calon Badan Kepimpinan tahun 2013. Pergilah merasa susahnya menjaga dua hati dalam satu masa. Pergilah merasa susahnya menghadap amarah orang-orang tua. Daripada asyik membunyikan mulut, pergilah jadi pengawas yang hebat dan ubahlah peraturan. If posibble, perjuangkan semula ikrar kita dahulu yang ada 'insan rabbani, beramal soleh dan bertakwa'. GO !


Play the game, juniors.
Wassalam, Musirrah.




2 comments:

syaiz said...

aaaaaa jedda!!! love u~ ada jugak yg memahami..haha

Bukan Bidadari said...

haha aku dah baju sama dgn kau boleh la.. kalau still baju putih, aku rasa susah kot nak faham :P

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-