Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kehadapan akhi Khairul Najmi yang ana hormati,
Semoga akhi baik-baik sahaja, dalam keadaan sihat di sisi keluarga dan sahabat-sahabat.
Maafkan ana sekali lagi mengganggu ruangan hidup anta. Walaupun ana memang seorang yang biasa berterus-terang, tapi hal ni tetap tak mudah untuk ana kumpul kekuatan dan sampaikan. Izinkan ana sekadar menyampaikan apa yang terbuku di hati buat yang terakhir kalinya dan berundur diri.
Untuk pengetahuan akhi, sekitar bulan April 2025 iaitu pada bulan Ramadan tahun ini, adalah pertama kali ana melihat dan mengagumi akhi dari jauh. Walaupun kita tak pernah bertegur, bersembang, apatah lagi berkawan, hati ana tenang melihat suasana syabab berkumpul melakukan kebaikan, kerana ana telah bertahun-tahun tidak berada dalam suasana begitu. Akhi nampak sederhana, tutur kata tenang dan tersusun, menyantuni adik-adik dengan ceria, bercerita tentang tadabbur Al-Quran dan berkongsi ilmu dengan mereka.
Pada bulan Mei 2025, kita berjumpa lagi di program berikutnya. Sepanjang eksplorasi di muzium, ana melihat akhi menyantuni seorang adik yang autistik dalam ahli kumpulan, memastikan adik tersebut tidak ditinggalkan. Akhi juga aktif memberi semangat kepada semua adik-adik untuk fokus dan mencuba aktiviti baharu, tak lekang dengan senyuman dan ramah berbual dengan semua. Hari tersebut juga adalah pertama kali kita bersembang apabila akhi menegur ana semasa dalam perjalanan membawa adik-adik ke taman.
Pada bulan tersebut, ana nekad untuk bertanya terus jika akhi sudah bertaaruf dengan sesiapa. Ana mendapat makluman bahawa akhi belum bersedia untuk membina baitul muslim. Justru, ana memikirkan mungkin kita boleh sekadar menjadi kenalan dan berkawan, agar rangkaian sosial ana lebih luas dan mungkin akan ada peluang suatu hari nanti untuk ana dikenalkan dengan mana-mana ikhwah yang sudi menerima dan melindungi ana apa adanya.
Sepanjang tempoh kita berkawan kira-kira enam bulan ini, ana sendiri turut mempelajari banyak perkara baharu tentang diri ana. Ana belajar menilai ciri-ciri yang ana hormati pada seseorang lelaki; seseorang yang pandai membawa diri, mudah mesra dengan kanak-kanak, remaja, dewasa, mahupun orang tua. Seseorang yang boleh kehadapan mengimamkan solat dan mengetuai bacaan wazifah, kerana ia adalah sesuatu yang tidak pernah ana rasai di dalam rumahtangga lalu. Seseorang yang sentiasa mendengar dan memberi ana ruang menyampaikan pendapat, sentiasa memperbaiki cara komunikasi, cintakan ilmu dan perbincangan ilmiah, tidak mudah menghakimi orang lain, lembut tutur katanya dan berhati-hati dalam berbicara, sentiasa kehadapan untuk menjaga ahli keluarga.
Ana juga belajar membina peribadi yang lebih terhormat sebagai seorang akhawat, dalam pada waktu kita saling mengingatkan untuk menjaga batasan. Buat pertama kalinya, ana belajar berkongsi dan berbual dengan ibu dan ayah ana tentang hati dan perasaan. It's a new milestone in the relationship between me and my parents, and I am very grateful for that. Melalui anta juga ana belajar yang kebaikan itu masih wujud tanpa perlu meminta apa-apa balasan.
Pada usia ana 30 tahun ini, sejujurnya ana sangat malu untuk meluahkan isi hati. Ana sedar kedudukan ana, dan ana faham bukan mudah untuk mana-mana lelaki menerima seorang perempuan yang pernah berkahwin dan telah bercerai. Apatah lagi seseorang ikhwah yang tidak pernah berkahwin, lebih muda dari ana, dan berpeluang memilih akhawat yang lebih muda daripadanya.
Ana juga tahu yang anta belum bersedia untuk membina baitul muslim dan masih dalam fasa mencari diri sendiri. Malah jika anta telah bersedia pun, tiada sebab untuk anta memilih ana. You have made it clear that I am not more than just a friend, and I respect that. Justru, ana tak meletakkan apa-apa harapan atau jawapan. Ana sekadar ingin meluahkan, berterima kasih atas segalanya, dan berlalu pergi dengan tenang.
You once said 'let time decides everything', yet I believe it is us who have to make decisions as time goes on. Terima kasih akhi, kerana hadir walaupun untuk tempoh waktu yang singkat dalam hidup ana. Maafkan segala salah silap ana dalam perkenalan kita. Ana doakan kebahagiaan yang berpanjangan dalam hidup anta dan semoga Allah memudahkan segala urusan anta.
I can finally tell this to myself without a doubt; good men still exist.
But perhaps it's time for me to stop searching.
Barakallahu fik, akhi Khairul Najmi.
Till we meet again, or not.
Best wishes,
Kak J.
11:04PM
15/11/2025
Dengkil, Selangor.
No comments:
Post a Comment