Sunday, August 14, 2011

Ikhtilat, Ikhwan dan Akhawat

Bismillahirrahmanirrahim.

Ikhtilat adalah pergaulan bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum asalnya ialah haram namun fatwa membolehkannya dengan syarat-syarat tertentu, antaranya ialah jika mempunyai urusan penting dan sebagainya.

Khamis, 28 Julai 11


"Busy tak sekarang?" serba salah ana bertanya. Lambat dia menggeleng dengan air muka tertanya-tanya.

"Err, tak, ada apa?" balasnya. Koridor aras tiga blok baru itu agak riuh-rendah dengan para pelajar tingakatan 5 yang keluar masuk kelas. 4 Ibnu Sina seperti biasa, diriuhkan dengan suara pelajar-pelajarnya. Masa yang ada digunakan dengan sebaiknya; Teacher Rohani Aman tak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut.

"Boleh tak tolong sedia jawapan untuk soalan ni, jumpa dekat **** jam 8.15 a.m," ana padatkan ayat sambil menghulurkan sekeping kertas kecil berwarna merah jambu terang. Ana letak atas tembok koridor. Dia ambil. Ana pusing ingin berlalu masuk ke kelas semula. Tak selesa kelihatan berdua walaupun ada empat meter lebih jaraknya.

"Eh kejap, untuk apa ni?" masih kurang jelas mungkin menyebabkan dia bertanya. Pandangan ana hanya tertumpu pada tangan kanannya yang masih memegang kertas kecil berkenaan. Ghadul Basor. Sesungguhnya mata itu bahaya.

"Projek kita orang. Datang dengan **** sekali nanti," ana terus masuk ke kelas mendapatkan Ulfah yang sedang berurusan dengan seorang hamba Allah.

"Jom," ajak ana ringkas. Ulfah mengangguk. Kami turun ke bawah namun tempat yang dijanjikan berkunci. Akhirnya bertukar ke tempat lain setelah mendapat keizinan Cikgu Hazmini. Ana, Fatimah Ulfah, Nazirul Sarah dan mereka. 8.15 beranjak ke 8.35. Ana resah. Masa untuk subjek Syari'ah Islamiyyah ada lagi sepuluh minit. Cukupkah sepuluh minit untuk merungkai segala permasalahan ini?

"Kami nak rakam jawapan korang. Pegang la ni, tunjuk kat mana-mana, yang penting jangan nampak muka sesiapa. Suara biar jelas eh," terang Ulfah memulakan bicara sambil menghulurkan kamera digital. Mereka tak banyak soal. Ia pun bermula.. dan ia berakhir hampir dua puluh minit kemudian.
Alhamdulillah ketika masuk ke kelas, Ustazah Che Ainu belum tiba. Jam menunjukkan 8.55 a.m. Ana dan Ulfah menghela nafas lega. Terima kasih Ajie kerana menemani.

"Rehat nanti kat **** ke?" tanya ana minta kepastian pada Ulfah.

"Tengok dulu, kalau bukak la," balas sahabat ana itu. Ada dua orang lagi hamba Allah yang ditugaskan kepada kami untuk merungkai permasalahan ini. Rakan-rakan lain ada tugas mereka juga. Entah sudah disempurnakan, entah belum. Yang pasti semuanya harus siap hari ini kerana tengahari esok Tranfomasi Kendiri bakal memenuhi waktu para pelajar puteri di saat kaum adam menunaikan kewajiban Jumaat.

Jumaat, 29 Julai 11

Entah angin apa yang melanda. Sejuk tangan menyediakan diri. Semalam ana tidur lewat, mencari isi dan resolusi terbaik untuk menyampaikan perkara penting ini kepada sahabat-sahabat yang ana kasihi dan cintai di Maahad. Tengah hari 29 Julai, semua pelajar puteri berkumpul di Dewan Asy-Syafi'e. Hati ana berbunga melihat berduyun-duyun Mukminah datang ingin meraih ilmu Allah dan merelakan diri menerima teguran serta muhasabah untuk membentuk diri menjadi lebih solehah. Sedikit demi sedikit perkara yang penting disampaikan oleh sahabat-sahabat yang bertugas. Lakonan ringkas tentang ikhwan dan akhawat juga diadakan. Lucu melihat sahabat-sahabatku cuba mencungkil sisi 'macho' dari dalam diri mereka. Ana faham, Allah menurunkan kesedaran masuk ke dalam hati hati yang ingin mencari redhaNya. Namun pasti ada hati hati yang pintunya masih tertutup atau belum dapat dibuka sepenuhnya. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.

Pesan pelajar putera, jagalah Al-Haya' kita. Suara yang mengekek atau diistilahkan 'comel' itu kadang-kadang boleh menarik perhatian mereka. Malu itu penting. Bak kata dia, kalau perempuan tak ada rasa malu, habis ah. Minyak wangi minta dikurangkan. Fragrance berlebihan itu kadang-kadang menggugat iman mereka. Pandangan mata tolong jaga. Jelingan benci kita kadang-kadang boleh mendebarkan hati mereka, lebih parah lagi kalau diistilah sebagai jelingan manja. Aurat tolong jaga. Bak kata mereka, stokin jangan pendek. Kalau terselak kain bahaya. Armsock tolong pakai. Bila buat presentation atau tulis di whiteboard, pergelangan lengan selalu terdedah. Aurat memang betul-betul kena titikberatkan. Sebab lelaki ni kadang-kadang bila berborak ramai-ramai tentang perempuan, dari hal kecik boleh jadi keluar bab tak elok. Sebab perempuan tu tak pakai armsock je, boleh melarat sampai masuk bab tak sepatutnya. Jadi kita tak nak ah perkara mcm ni berlaku dah.

Video tamat. Senyap. Ada yang mengadu kurang jelas. Fairuz memberi huraian serba sedikit tentang lakonan dan video. Kemudian ana sambung. Masuk bab Hedonisme, ana sebak. Melihat wajah-wajah sahabat yang dicintai dihadapan ana sering buat pilu datang bertandang. Tajuk Hedonisme tak boleh dicampur dengan tajuk Ikhtilat, kesannya tak kuat.

Tips Berurusan Dengan Lelaki Ajnabi
1. Elakkan berhubung dengan lelaki. Selagi mana boleh berurusan dengan perempuan, carilah perempuan. Elakkan urusan yang dibuat-buat.

2. Ringkaskan dan padatkan ayat jika perlu SMS atau nota kecil. Elakkan atau kalau boleh tak perlu langsung smiley dan gelak tawa.

3. Kalau perlu bercakap, sila tegaskan suara. Jangan lembut sangat, jangan kasar sangat.

4. Tundukkan hati dan jangan peduli pada bisikan syaitan. Doa agar urusan bebas dari fitnah dan minta Allah pelihara hati daripada panahan syaitan. Especially kalau berurusan dengan good-looking guy atau orang yang kita admire, bla3.

5. Tundukkan pandangan, jangan percaya pada teori make-eye-contact-with-the-person-you're-talking-to. Teori tu hanya boleh pakai sesama akhawat je, untuk rapatkan ukhuwwah kita. But not with boys, dear. Waspada! Dengan boys kita perlu percaya pada teori dari-mata-turun-ke-hati supaya kita boleh berhati-hati. Bila dah 'jatuh', susah nak bangun balik. Jadi, cegah sebelum apa-apa jadi. And remember, kita tundukkan pandangan, bukan tunduk kepala :)

6. Percepatkan urusan bila berjumpa. Tak perlu luahkan hal-hal peribadi atau bergelak ketawa bersama dan pastikan tidak berduaan ditempat yang tak ramai orang. Biar cukup nisbah ye!

I got this from the internet. And I'm pretty sure that most of us had found it before.
Ana mengaku, ana sendiri tidak mengamalkan sepenuhnya tips ini. Dulu ana teruk. Ambil mudah soal ikhtilat. Tapi sekarang smiley ana dah tak buat, alhamdulillah, dah setahun lebih berhenti. Setiap orang ada mujahadah masing-masing kan. Kalau ana sekarang, gelak tawa tu masih mujahadah. Sama ada dalam alam maya atau alam realiti. Kalau dengan orang yang kita biasa dan dah berkawan lama, lagi susah. Dah dia buat lawak siapa suruh kan. Tambahan lagi kita ni jenis orang happy-go-lucky. But one that we have to blame is always ourselves. Gelak tak salah, diulangi, tak salah. Tapi jangan berlebihan. Itu sahaja. Ikhtilat ini subjektif bendanya. Yang penting hati kita yang rapuh ni kena jaga baik-baik ;)

Isnin, 1 Ogos 11, 1 Ramadhan 1432

"Dia tak boleh terima. Katanya tak suka dikongkong," luah sahabat itu. Ana diam. Membiarkan dia meneruskan bicara. Kami berjalan seiringan turun dari kelas. Beberapa orang pelajar putera tingkatan dua riuh-rendah di gelanggang bola keranjang yang terletak di hadapan blok kami.

"Dia kata pasal armsock pun nak kecoh-kecoh. Putera tu yang lebih-lebih suruh itu, suruh ini. Macam la dia orang baik sangat," sambungnya lagi. Ana menghela nafas kesal sambil cuba membetulkan kedudukan buku-buku teks yang dikendong untuk dibawa pulang kerana esok ujian bulanan bermula.

"Jaga aurat itu bukan suruhan mereka, tapi suruhan Allah. Mereka cuma pesan," perlahan ana menuturkannya. Sahabat ana mengangguk. Kami menyusuri laluan yang menghubungkan kantin dengan blok kami. Dari jauh kelihatan kantin Maahad Hamidiah lengang, ramai ke masjid atau sudah pulang, barangkali. Aktiviti kokurikulum dibatalkan sepanjang bulan Ramadhan, peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh pelajar Maahad untuk pulang awal merehatkan diri, mengulang kaji pelajaran dan mengejar khatam Al-Quran. Cuma barisan calon kepimpinan pengawas sekolah 2012 seringkali sibuk dengan meeting mereka.

"Tapi ada betulnya apa dia kata. Putera pun tak sebaik mana. Waktu lawatan hari Jumaat lepas kan kita orang jumpa Mat Saleh tiga orang. Lepas tu budak putera buat apa ntah dengan Mat Saleh tu, tak tahu la menari-menari apa. Memang la dia orang rasa 'ala rilek ah suka-suka' tapi kita yang melihat ni rasa macam.. gugur harapan nak tengok mereka jadi mujahid agama kita. Baru the day before dia nasihat puteri gitu gini, tapi dia, stay macam tu. Kalau nak ubah Maahad, tak boleh harapkan perubahan puteri je. Putera kena sama berubah. Mereka harapkan kita jadi baik, mereka pulak tak berubah. Susah jugak," sambung ana panjang lebar. Mujahid agama yang sebenar diperlukan dalam jumlah yang ramai pada zaman ini untuk membaiki masyarakat yang rosak. Tapi harapan itu bagai retak melihat pelajar yang berpendidikan agama juga masih leka dan lalai akan hakikat ini.

Ana bersalaman dengan dia sebelum pulang. Terima kasih mengkhabarkan kepadaku reaksi kawan-kawan kita, duhai sahabat. Minda ana ligat berputar mentafsirkan kata-kata hati yang berbicara. Terimbau kembali akan kegagalan ana mempertahankan ghadul basor ketika zaman PMR tahun lalu...
'Nak menndidik diri sendiri dan kawan-kawan di sekolah agama pun susah, bagaimanalah pula dugaan yang bakal aku hadapi selepas keluar dari Maahad dan menjejak kaki ke universiti nanti.. MasyaAllah.,

Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini Ya Allah.. Ampuni aku untuk setiap pandangan yang tidak terjaga, untuk lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab.. Astaghfirullahal'azhiim..


Wassalam, Musirrah



No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-