Thursday, August 25, 2011

sebaris nama yang masih rahsia

bismillahirrahmanirrahim..

"Habis tu apa nak buat kalau kita dah suka dekat dia?" tanya sahabat yang ana sayangi itu. Ana diam mencari penjelasan paling logik dan mudah. Sememangnya soalan ini kerap diajukan oleh sahabiah, menggerakkan minda dan hati membantu diri sendiri dan mereka mencari penyelesaian..

"Paling senang, anggap lah kita ni sudah mengikat perjanjian dengan seseorang untuk menikah.." penerangan ana tergantung mungkin. Mata sepetnya merenung mata ana dalam. Ana sengih. Hal yang terlalu luas untuk dibicarakan oleh anak-anak gadis berusia enam belas tahun.


Bukan menggatal nak menikah, hanya ingin menjaga iman yang lemah..

Kita semua tahu, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Tapi tak ada sesiapa yang boleh jamin org yg kita suke tu akan jadi suami kita suatu hari nanti. Jadi sentiasa sahaja fikir bahawa ada 'seseorang' yg sebenarnya sedang menunggu kita untuk diijabkabulkan dengan 'dia'.
Tapi tempoh penantian itu masih lama, mungkin 7 atau 8 tahun lagi. Dalam tempoh itu, tegar kah kita untuk 'curang' dengan 'dia' sedangkan 'dia' begitu setia menuggu kita? Kita pun mesti kecewa kalau 'dia' pernah beri hati 'dia' pada org lain dulu sebelum kita. Walaupun kita tak tahu lagi siapa 'dia', tapi selagi jodoh ditakdirkan sampai sebelum ajal, nama seorang 'dia' tetap ada di luh mahfuz untuk kita.
Jadi bila rasa suka kat someone, ingat-ingat lah pada 'bakal suami' yang sedang menanti kita tu. Kita dah ada 'dia', buat apa nak suka orang lain. Memang ada orang kata siapa tahu jodoh kau memang dengan orang yang kau suke tu. Mungkin, tapi itu masuk cerita lain. Ini cerita tentang cara kita nak menjaga hati daripada fitnah syaitan dan manusia. Ini cerita kita nak jadi wanita solehah. Yang pasti peribadi 'dia' itu ditentukan oleh peribadi kita sendiri.
Anggaplah sahaja kita dah kenal 'dia'.. Walaupun entah siapa 'dia' agaknya..
Selagi ijab kabul belum sampai masanya, 'dia' adalah sebaris nama yang masih rahsia..

Mari memanfaatkan masa tersisa bersama Ramadhan Kareem..
Till then, wassalam. Musirrah.



No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-