Thursday, September 22, 2011

Sukarnya Kutafsirkan Kemerdekaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Hehe pertandingan kelas patriotik kami dapat tempat pertama Form 4. Alhamdulillah. Ada lima hamper dapat campur dengan hamper hadiah pertandingan drama Gulp and Gasp tu. Tapi satu Sang Pengarah punya. Dua lagi Sang Designer punya. Patriotik punya hamper baru je bukak. Mula-mula Sang PKT ingat nak tunggu Sang KT sembuh dan hadir ke sekolah kembali, baru nak bukak hamper tu sama-sama. Tapi Sang PKT telah tersungkur di tengah-tengah penantian lalu akhirnya membenarkan juga ahli-ahli 4 Ibnu Sina untuk membuka hamper Patriotik tersebut. Haha. Esok baru nak buka hamper Drama. Btw, syafakallah to ketua tingkatan 4 IBS. Video ni ana edit hasil rakaman sewaktu dalam kelas untuk penilaian tempoh hari. And thanks also to Nur Hidayah Mohd Salleh for the last part :) Tapi Uploaded Video tak quality sgt lah. Sebab first time upload guna Power Director terus. Yang ori punya best la. Wanna copy lend me your thumb drive kay.

Islam is the way to Freedom. The real FREEDOM.


Hari ini ana belajar bersyukur kerana Allah anugerahkan ana ibu dan ayah yang tidak pernah berkata buruk tentang orang lain. Yang tidak pernah mencela kelemahan orang lain. Yang tidak pernah menghebah-hebahkan ghibah dan fitnah. Yang kata-kata mereka sentiasa berasaskan garis panduan Allah.. Yang tidak pernah mendabik dada atas kelebihan diri mereka. Padahal bagi ana merekalah insan yang lengkap semua.
Di hati ana, mereka hadiah daripada Allah yang terlalu istimewa.

Ana tak faham kenapa ramai orang yang ada kuasa suka bertelagah sesama sendiri. Jarang sangat nak jumpa yang mengamalkan tiga tahap ukhuwwah; Berlapang dada, bersangka baik dan melebihkan saudara daripada diri sendiri. Dulu ana fikir orang dewasa sudah cukup matang untuk menilai baik buruk sesuatu perkara. Tapi bila usia ana mula meningkat remaja, apa yang ana nampak, tak ramai orang dewasa yang dah matang rupanya. Ramai yang lebih 'selesa' bergaduh dan tuduh menuduh macam anak-anak kecil. Aduhai, tak gunalah belajar tinggi-tinggi sampai PhD kalau dah tua pun masih tak mampu kawal emosi.

Pernah tak kita terfikir kenapa jadi begini? Pemimpin yang sepatutnya menjadi tempat rakyat bersandar sendiri mengabaikan hukum Allah. Orang-orang agama yang sepatutnya membawa risalah dakwah sudah hilang keindahan akhlaknya. Si Fulan yang pentingkan dunia mengatakan Si Fulan Agama itu bodoh. Si Fulan Agama mengatakan Si Fulan yang pentingkan dunia itu celaka, tidak akan masuk syurga. Inilah dia, 'kemerdekaan' negara yang sangat sukar untuk ditafsirkan. Mengapa perlu begini? Katanya mahu bersatu, mahu aman, mahu harmoni. Ya, katanya begitu. Tapi tak mampu. Kalau semua orang meletakkan Allah sebagai yang Tertinggi dalam hatinya, sudah tentu pergaduhan tidak matang ini takkan berlaku. Kalau semua orang pulang pada Al-Quran, sudah tentu takkan berlaku cela-mencela antara satu puak dengan puak yang lain. Sudah-sudahlah bertelagah, mari kita menyahut seruan Allah. Mari kita menuju Daulah Islamiyyah.

Mawaddah- Nasib Bangsaku

Oh alangkah sayunya hatiku, bila aku melihatkan bangsaku
Kasih sayang sudah musnah, perpaduan sudah punah ranah

Bahkan berlaku di dalam bangsaku, pergaduhan dan tipu-menipu
Kasih sayang sudah tidak lagi dipeduli, masing-masing hidup cara sendiri

Oh alangkah malang bangsaku, cuba bersatu tapi tidak mampu
Malah makin menjauhkan antara satu sama lain
Kerna kita hanya tahu menggunakan akal semata
Tuhan tidak dibawa bersama, Tuhan tidak diambil kira

Sebenarnya kunci segalanya, bila kita mencintai Tuhan
Cintakan Tuhan, perpaduan dan kasih sayang, pasti Tuhan segera mewujudkan

Oh marilah kita semua mencintai Tuhan kita
Agar bangsa dan juga negara bersatu dan berpadu semula
Ampunan Tuhan menaungi, bumi Tuhan dirahmati
Kasih sayang berbunga semula, semua insan hidup berharmoni

Wahai Tuhan datangkan segera, penyelamat bagi kami semua
Menyatukan bangsa dan juga negara, semoga hidup aman bahagia~



Wahai Allah, sukarnya kutafsirkan kemerdekaan~
wassalam, Musirrah.



.

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-