Thursday, February 4, 2016

tarbiyah yang dirindukan (2)

Bismillahirrahmanirrahim.

Haa berlagak penulis kejap kita buat episod dua. 

Suatu masa dahulu sewaktu zaman persekolahan aku tak suka bicara soal jemaah. Bagi aku semua tu mengarut. Kenapa perlu ada banyak jemaah. Berpecah. Bergaduh. Jemaah tu semua bukan bawa kepentingan islam, tapi hanya bawa kepentingan masing-masing. Ah, aku tak akan join mana-mana jemaah. Aku boleh kira someone yang jemaah-phobia juga la.

Sampailah aku masuk IKIP di Pahang. Pertama kali aku keluar dari negeri kelahiran aku, Selangor, membuatkan aku jumpa lebih ramai orang, banyak latar belakang. Episod tajmik bermula bagi kawan-kawan yang sedia mengikuti jemaah tertentu. Aku join usrah waktu tu sebab aku nak usrah je. Aku tak tahu pun aku join usrah apa. Lepas aku tahu pun, aku masih ignorance lagi. Menafikan aku sebahagian dari mereka. Tapi waktu itu hati tak sekeras dulu. Waktu tu aku mula kagum dengan mereka yang memilih untuk berjemaah.

Kagum. Sebab mereka macam bersungguh sangat. Aku selalu fikir, apa yang mereka dapat? Habis duit, habis tenaga, habis masa. Untuk apa? Bukan ada orang kenal pun. Lain lah kalau berpersatuan. Boleh riya' sikit. Aku tak faham. Hanya mampu kagum. Setidaknya mereka dah ada medan beramal soleh. Medan yang jelas. Berbanding orang yang memilih untuk bergerak tanpa jemaah, medan beramal kadang nampak kabur. Macam aku. Dulu.

Lama-kelamaan, aku mula faham, bila aku jatuh jauuuhh dalam kegelapan, mereka inilah yang selamatkan aku. Mereka inilah yang gigih mencari aku kehulu kehilir naik motor sampai jumpa aku di surau gelap sendirian. Mereka inilah yang cancel plan makan-makan liqo sebab nak pujuk aku yang teresak-esak bawah langit malam dekat dengan jalan raya suram, nak hormati adik mereka yang sedang bersedih. Mereka inilah yang pegang tangan aku suruh tengok bintang-bintang yang Tuhan jadikan untuk teman aku. Mereka inilah yang tak pernah lepaskan aku, menangis sama-sama sebab tak mampu buat aku berhenti menangis. 

Aku rasa mereka pun dah lupa apa yang mereka pernah buat pada aku, mungkin mereka semua ni sendiri dah lupa betapa bermaknanya mereka dalam hidup aku, betapa aku takkan lupakan semua tu. Qudwah dan akhlak mereka, aku tak faham. Macam mana boleh jadi baik sampai macam tu?

Setelah beberapa tahun bersama, sampai aku sekarang izzah menjadi sebahagian dari mereka. Aku semakin faham hakikat berjemaah yang sebenar. Untuk level-level kita. Yang penting adalah kau miliki akhowat fillah sebagai kekuatan, iaitu kekuatan ukhuwwah. Yang jelas, wadah yang jelas, untuk kau berpaut, untuk kau hulurkan tangan, untuk kau dakap, andai kau hampir tergelincir atau terjatuh. Siapa lagi yang nak ingatkan kau yang hidup ni satu perjuangan yang perlu diteruskan? 

Aku belajar. Yang dalam dunia ni bukan hanya dunia aku. Aku berkongsi dunia dengan semua orang. Aku belajar buka mata lihat dunia, lihat lebih luas seluasnya. Dan aku melupakan dunia aku sendiri setelah itu.

Nokhtah prolog kisah tarbiyah aku.

Bila berada di bab pertama, di garisan permulaan larian. Aku sangka aku akan lari kencang. Ujub gila.

Lari-lari, jatuh. Menangis. Weh bosan lah hidup aku ni penuh dengan air mata. Nak buat macam mana. Memang macam tu. Aku mengalami masalah self esteem yang takde la serius mana. Aku terlalu rendah diri, terlalu takut akan semua perkara, kadang-kadang menyakiti diri sendiri sebab striving hard to be perfect sampai everything ruined. Ayat.

Worst thing ever bila aku rasa aku banyak sangat su'uzhon dengan akhowat. Walaupun aku tak berniat macam tu. Aku sempitkan semula dunia ni menjadi hanya dunia aku. Apa beza aku sebelum tarbiyah dengan aku selepas tarbiyah? Aku rasa tak guna sangat bila menyedari hakikat ni. Kenapa senang sangat aku break down bila datang masalah. Tengok akhowat lain tenang macam mana sampai kau tak sangka dorang dah worn out dah pushing their every effort untuk kerja dakwah ni.

"Ummi jedda mintak maaf tau kalau asyik kena tengok fon ni sebab tengah uruskan program and jawab message orang," serba salah aku susun ayat. Ummi angguk. Nampak faham. Seketika dia berlalu pergi, katanya mahu ke tandas. Aku sambung kerja. Lama. Ummi tak datang semula ke ruang tamu. Aku cari di bilik. Lihat dia sedang berbaring. Ada sisa air mata. Berdebar hati.

"Ummi menangis?" takut-takut aku bertanya.

"Ummi balik esok je la," ujarnya menahan suara. Nada lain. Luluh berderai hati aku. Pecah empangan air mata. Sudahlah rasa diri ni macam akhowat yang menyusahkan semua orang, sekarang rasa macam anak yang tak kenang jasa ibu. Tak mampu nak beri yang terbaik pada dua-dua pihak pun. 

"Sedihnya, sampai hati ummi cakap macam tu, jedda mintak maaf," tak mampu buat apa selain duduk di tepi katil memaut lengan seorang ibu.

Aku tahu ummi berbulan-bulan menabung untuk beli tiket untuk melawat aku. Ummi bukan ada simpanan tetap. Gaji pun seribu lebih kurang sahaja sebulan. Tolak sewa rumah bil api air. Berapa sangatlah yang dapat dikumpul. Sudahlah matawang jordan mahal. 

Aku tersungkur. Perang dalam hati rasa nak tarik diri dari jadi amilin, tapi aku taknak pentingkan diri. Sekarang waktu genting, semua akhowat saling memerlukan. Aku patut faham mereka yang lain lebih berganda sibuk dari aku. Aku hanya perlu belajar seni menyelami dan menyantuni hati seorang ibu, seni membahagikan tugas yang banyak dalam satu waktu, setelah itu semuanya patut baik-baik sahaja.

"Ana rasa teruk sangat,"

"Huhu, takpe. Enti pon baru betul-betul nak belajar mcm mana amal jamaie,"

"Rasa tak beri yg terbaik pun,"

"Takpe, jedda tengah belajar. And by time jedda boleh improve apa yang kurang,"

"Allah je yang boleh balas semua pengorbanan entunna. Suatu hari nanti ana nk jadi kuat macam entunna jugak,"

"InsyaAllah jedda,"

Dan sekarang. Aku rasa semula apa yang aku rasa awal-awal dahulu. Kenapa mereka bersungguh sangat? Apa yang mereka dapat? Habis duit, habis tenaga, habis masa. Untuk apa? 

Lontar persoalan dalam benak, macam orang tak pernah dapat tarbiyah.

"Hati-hati tangga tu takde lampu," ujarku separa menjerit. Seketika kemudian terlihat kelibat ukhti itu berhati-hati menaiki tangga, dengan lampu suluh handphone nya. Menggendong beg kamera dan tripod aku. 

"Maaf tau tak boleh lama ni. Ana kena jumpa makcik. Mak enti ada ke tu?" ujarnya ceria sambil menghulur beg-beg kepada aku. Cuba untuk tidak nampak penat, mungkin. Aduh, kenapa kau tak pernah merungut, ukhti? Bezanya aku dengan kau.

"Aah. Ummi dalam bilik rehat," jawabku sambil meletakkan beg-beg di tepi pintu.

"Nak salam," dia senyum.

Kami bersalaman. Laga pipi. Kemudian kala berpelukan, aku biarkan diri aku dalam dakapan dia. Lama. Entah kenapa rasa selamat. Rasa tenang. Damai.

"Kuatlah. InsyaAllah ada ganjarannya. Melayani mak enti pun satu amal juga," dia gosok belakang aku.

"Ana mintak maaf. Ana betul-betul minta maaf," 

Tak ada apa yang aku rasa melainkan akulah akhowat paling kerdil kat Irbid ni.

"Takde apa lah. Okey je. Jangan lupa tawakal pada Allah tau. Enti buat semua ni untuk Allah, bukan untuk ana pun, bukan untuk akhowat lain pun. InsyaAllah Allah ada jalannya," lembut dia membisikkan ke telinga. Masuk ke hati. 

"Terima kasih ukhti,"

Kemudian pelukan dileraikan. Dia perlu cepat kerana masih punya urusan lain. 

Ah, hebatnya mereka!
Kencang, sangat kencang. Orang-orang seperti ini tak memikirkan diri sendiri seperti aku. Mereka cuma fikir dakwah dan tarbiyah. Biar sampai mereka pengsan, barulah mereka yakin telah mencuba sehabis baik. Aku pula semput di awal pelarian.

Rugilah. Apa hasilnya 2 tahun ditarbiyah, Nur Jehaada? Perjuangan baru sahaja bermula!


"Duhai yang akan dituntut sebab amalnya,
Yang akan dimintai pertanggungjawaban atas perbuatannya,
Yang tertulis lengkap segala ucapannya,
Yang akan diselidik segala keadaannya;

Kelalaianmu atas hal ini sungguh menakjubkan!"

(Ibnu Al Jauzy)


Suatu hari nanti, Jehaada pasti bisa jadi seperti mereka. Walaupun mengambil masa yang sangat lama, yakin pada Tuhan, suatu hari nanti pasti bisa. InsyaAllah!

Wassalam, 
Musirrah. 


2 comments:

Nasihahihu said...

go jeeda go. moga satu hari nanti bila kita pandang belakang (baca : Throwback) , kita mampu tersenyum puas dengan diri kita andai kita singkirkan putus asa dalam kamus kita ;)
this is learning proses.

Bukan Bidadari said...

insyaAllah ameen. jzkk kak :')

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-