Saturday, November 5, 2011

Saat Allah menyayangi

Bismillahirrahmanirrahim

Demikianlah tajuk forum yang ana ikuti di Surau TKP pada 27/10/11 yang lalu, berpanelkan seorang moderator bernama Ustaz Riduan dan ahli forum yang juga seorang pelakon bernama Catriona Bahrin Ross.

Berbincang tentang isu penghijrahan golongan selebriti dalam industri seni, Catriona memulakan bicara dengan bercerita tentang kisah keluarganya. Ibunya seorang berbangsa Melayu sementara ayahnya adalah seorang muallaf dari Scotland. Pernah dibesarkan di tiga wilayah di Arab Saudi sewaktu kecil sebelum menetap di Malaysia pada umur 7 tahun dan mula bersekolah rendah. Catriona asalnya membesar dalam sebuah keluarga yang amat mementingkan agama, namun dia tewas dalam melawan pengaruh rakan sebaya ketika usia remaja. Mula menjadi pelakon selepas berjaya menggenggam segulung ijazah setelah mendapat keizinan ibu yang tersangat berat hati untuk berbuat demikian sebenarnya.

Menjadi artis membuatkan dirinya semakin jauh terpengaruh, semakin jauh tersasar. Sehinggalah rahmat hidayah Tuhan datang menghinggapi mengusik hati kecil yang sekian lama kemarau tanpa hujan iman. Tahun 2007 adalah titik permulaan yang mengubah segalanya.


" Tuhan beri peringatan pada saya, kerana mungkin Dia melihat saya sudah terlalu lama berjalan, 
sudah terlalu jauh berlayar, tapi tak berpaksikan Dia,"


Pada tahun itu dia terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan kedua-dua belah kakinya patah atau multiple fractured. Kata doktor, dia tidak boleh berjalan seperti biasa lagi, hanya boleh menggunakan tongkat atau kerusi roda. Masa paling singkat yang boleh diramal jika menggunakan tongkat pun adalah setahun setengah.

Walaubagaimanapun, Catriona tidak patah semangat dengan khabar itu sebaliknya mula memohon dan berdoa kepada Allah lantas berjanji bahawa jika kakinya kembali pulih seperti sediakala, akan dia buktikan satu perubahan nanti. Allah mendengar doa dan janji Catriona. Dengan izinNya, Catriona berjaya berjalan seperti biasa selepas 8 BULAN sahaja, jauh berbeza dengan ramalan doktor; bertongkat selama setahun lebih. Catriona kemudiannya menjalani hidupnya seperti biasa, berkahwin dan mempunyai anak (sedangkan doktor mengatakan bahawa dia tidak boleh mengandung akibat komplikasi kemalangan pada rahimnya).

Tahun berganti, sehinggalah 2010. Dia mengikut rakannya ke butik untuk menemani mereka membeli tudung. Lantas apabila melihat tudung yang dipamer kan di situ, Catriona yang masih belum bertudung teringat pada janjinya pada Allah tiga tahun lalu. Saat itu lah, hidayah Allah yang telah lama hadir mengetuk pintu hatinya akhirnya dibenarkan juga memasuki ruangan hati sepi itu. Tanggal 16 Julai 2010, bermulalah harinya sebagai seorang wanita yang berhijrab. Hari dia membeli helaian tudung pertamanya :)




"Hidayah Allah itu sentiasa ada, cuma kita nak terima atau tidak, itu sahaja,"
Subahanallah..
Wassalam, Musirrah.




.

1 comment:

smilenajah93 said...

wahhh ! bestnye leadership training !! heeh ~ kat mane ??

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-