Sunday, November 13, 2011

waktu yang pantas berlalu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita masih diizinkan Allah untuk merasai nikmat Aldiladha tahun ini. (Alamak dah lewat sangat la ni.. Najib pun dah balik dari haji dah, haha) Tapi tak pe la, still want to wish you Selamat Hari Raya Korban, semoga kita berjaya mengambil iktibar dari kisah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang rela berkorban nyawa demi redha Allah.

Dah lama sungguh tak menulis kat sini. Nak masuk pertengahan November pun. Exam final dah habis, result dah dapat sikit sikit dah. Erm, boleh lah. Ana rasa impian nak masuk 5 Rusyd semakin cerah. I'm demanding Ibnu Rusyd but it won't be a problem for me if I get Khawarizmi. Sedar tak sedar ada seminggu lagi nak sekolah, kemudian cuti panjang. Dah nak dekat habis tingkatan empat dah kita kan.. Ahli Jawatankuasa dah mula diatur untuk uruskan orientasi adik-adik Form 1 dengan Form 4 tahun depan. Nampak gayanya makin bertambahlah tugas-tugas yang akan diamanahkan. Tahun depan ana dah menginjak Tingkatan 5. Terlalu cepat masa berlalu Ya Tuhan..

Ana teringin. Nak lanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam. Banyak perkara yang ana lalui menguatkan semangat untuk teruskan cita-cita Pengajian Islam ni. Bahas manusia yang tiada penghujungnya. Ana geram, kadang-kadang darah rasa tersiarap ke kepala, geram dengan diri sendiri sebab tak mampu menegakkan perkara yang benar akibat ketandusan hujah.

Teringin nak belajar di Yarmouk University, Irbid, Jordan. Afiqah pun teringin nak ambil Medic kat situ sementelahan Sya Iz mahu further Islamic Banking. Kalau akak-akak senior boleh kenapa kami tak boleh? Yeah chaiyok2! Kena mula dari sekarang. Ana kena belajar bahagikan masa dengan baik macam waktu Tingkatan 3 dulu. Kena usaha lebih baru Allah bantu. Cuti ni tak boleh tinggal buku, jangan makan mi segera dah, bla3. Lalu bermulalah kembali episod pantang larang dalam kehidupan seorang calon SPM 2012. Ditambah berat dengan tugas sebagai seorang ahli badan kepimpinan. Dah tak ada masa untuk main-main lagi. Ana akan usahakan untuk penuhi syarat-syarat kelulusan nak ke Jordan tu. Fighting A for Addmaths!

Baru-baru ni banyak event occurred. Haa gambar graduation Kak Oda' kat UPM 15 Oktober haritu tak letak-letak lagi kan. Biasalah, I'm busy person you know. Pastu ada jamuan pelajar puteri Luar dekat rumah Dinie malam semalam. Ana paling awal datang, ana jugak la paling last balik. Okay la tu, best sangat alhamdulillah. Thanks kepada semua kawan-kawan especially tuan rumah si Dinie. Luv you all <3

Photo from Dalila Najwa

Oh yeah, KEM KEPIMPINAN!!
22-24 Oktober seingat ana. MasyaAllah weyhh best gila tak yah cakap lah. Rindu sangat-sangat kem tu! Dekat Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu, Negeri Sembilan. Seriously dari fasi sampailah ke DM dia (apa kena mengena fasi dengan DM) semua TERBAIK arh. Sukses Luar Biasa! Tiga hari tu sangat semangat, sangat bermakna. Tiga hari tu itulah ana lepaskan rindu dekat kawan-kawan yang lama gila tak spend time with. Kawan2 asrama la ramai, Husna, Aimi, Ayan, Fairuz, Nadrah, Izzati, and especially Syaza Izzati Azman (kalaulah boleh tag dia kat sini). Sedih je Syaima' Malek tak ikut, kalau tak mmg dia pun jd mangsa aku.
Malam buat persembahan ikut group tu memang paling best. Group ana kena wat persembahan slowmotion. Aduhai lawak sangat kot. Serious, itulah perkara paling pelik yang ana pernah buat depan putera -_-"
But what ever pun sumpa best sangat lahhhhhhhh!!

Pics from Faridah and Nadia




Makin lama makin banyak ana belajar tentang persahabatan. 
Wassalam, Musirrah.



.

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-