Tuesday, November 22, 2011

SEA games 2011 - Final Football Match [ Malaysia vs Indonesia]

Bismillahirrahmanirrahim..

GARUDA DIBAHAM HARIMAU

Alhamdulillah ! Malam tadi sungguh bersemangat. Pertama kali rasa berdebar tengok football match. Waktu Baddrol nak sepak penalti terakhir tu, rasa nak gugur jantung. Sipi-sipi lagi kot Meiga boleh tangkap bola tu. Tapi alhamdulillah kena kaki dia je. Dan lepas Meiga rebah, bola tu pun bergolek dengan tenangnya masuk ke gawang gol. Huahahaha. Part tu paling best. MALAYSIA MENANG !!

Tabik ar Baddrol ! Khairul Fahmi pun sama. Dua insan yang memegang tampuk harapan terakhir kemenangan pasukan Harimau Muda. Alhamdulillah, rezeki kita. Terdiam penyokong-penyokong pihak lawan. Itulah, hari tu bukan main lagi. Ganyang Malaysia KONON. Lain kali jangan hina orang. Kan Allah dah makbulkan doa orang yang teraniaya. Sebenarnya tak faham la, apa yang mereka benci sangat dengan kita ni ya. Kita cool je apa. Apa-apa pun, ana salute rakyat Indonesia yang berfikiran matang dan terbuka. Semoga Allah merahmati kalian kerana masih sudi bersahabat dengan kami rakyat Malaysia.

Dengan kemenangan ini, ana harap satu hari nanti Allah beri mereka kesedaran untuk menutup aurat dengan sempurna sebagaimana wajibnya tuntutan itu terhadap setiap lelaki yang beragama Islam. Insya-Allah, aminn.

Baddrol Bakhtiar Jersey no. 10 TERBAIK !





GEMURUH SUARA, jadi bangsa berjaya
GEMURUH PERKASA, bawah satu bendera
Nama kita bina diseluruh benua rasa BANGGA
Genggam amanat wira, julang PANJI MALAYSIA

MALAYSIA ! MALAYSIA ! MALAYSIA !
Wassalam, Musirrah.


.

No comments:

Hidup ini adalah keyakinan dan PERJUANGAN.. dan PERJUANGAN mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya, TELAH MENGINJAK KE PINTU SYURGA...

-Imam Ahmad ibn Hanbal-